April 03, 2016

Lapang

Keadaan manusia sekeliling membuatkan aku,
Aku,
Entah.

Salah dituding ke diri orang lain. Niatnya nampak elok, suci.
Tetapi, mengapa sanggup bertindak sedemikian rupa?
Oh, mungkin juga, akalnya tak panjang ketika itu. Dicucuk syaitan yang sah sah kerjanya menghasut. Menghasut sampai manusia ini berpecah belah.

Ini ujian.
Tuhan minta aku berlapang dada.
Ya, mungkin itu. Mungkin.

Cuma aku minta, aku pohon,
Segala tindakan yang kau lakukan,
Fikirkan sebab mengapa kau lakukan sedemikian pada mulanya.
Aku tak mahu kau dibenci oleh aku. Aku tak mahu.

Kerana kita ini semua bersaudara.
Bukankah kau telah faham?