November 20, 2015

Aku berguna ke?

Malam malam sementara nak habiskan kawan bagi spageti carbonara bersama sosej yang dicincang berserta kuah yang melimpah ruah sekali makan terus mengantuk haa gitu description dia.


Takpelah, sekali sekala bagilah can aku nak merepek merepek hmmm.


Saja ja nak cerita cerita. Bedah jemah sikit.


Kau tahu tak, aku teringiiiiiiiiiiiiin sangat nak orang tengok aku ni sebagai orang yang macam, hebat. Yang berpengetahuan, yang matang. Yelah, aku tahu orang tengok aku macam mana. Macam budak budak, blur ayam, lampi.


Sesungguhnya kalau kau nak tahu, aku tak buat buat benda tu. Kalau dia nak datang, dia datang.


Nak nak kalau aku excited. Haaaa time tu memang pelik pelik aku buat.


Tapi, aku nak juga kalau orang tengok aku ni serius, orang nampak idea aku ni bernas, Aku nak juga jadi orang yang dirujuk. Nak juga jadi orang yang penting dalam hidup orang lain. Orang yang berguna.


Aku orang yang berguna tak dalam hidup kau? 


Sila jawab dengan mata hati disertakan objek yang bernama ikhlas.