September 02, 2016

Love

I am sorry for not being a good one to you.

While you have nobody else to rely on. To put on hope.

Except me.

I don't know. 

I don't like us right now. It is not same in few years back.
Where rainbows were always there despite of heavy rain and bad storm.
Where smiles were always there despite of silent moment across the time.

Now, all I can feel is just a faded love.
And yea, it is fading.
Until one day, I just hope that there's miracle happens.

I just want to feel the same love, again.

Can I? Please?

July 28, 2016

Aku pinta, jangan.

Ada satu perkara yang aku mahu kau tahu.
Aku tak pandai berpuisi. Aku tak pandai menyusun aksara.
Aku hanya tahu, meluahkan. Ini satu antara seribu yang lain.

Aku pinta,
Kau jangan pergi.
Setelah apa aku tempuhi, setelah apa aku rintangi,
Kau jangan pergi.

Sebab,
Kau antara cahaya kala aku sesat menuju gelita.
Sebab,
Kau antara yang benar tika aku salah katanya.
Sebab,

Aku tak tahu mana arahku,

Jika kau tiada.

May 09, 2016

Bunga

Semua yang kau lihat ini, bukan aku yang dulu. Pengalaman mengajar aku, untuk lebih hati hati.

Dan tak menyesal.

Akan ada dalam hidup kita yang mana, paksa kita untuk buka mata. Walau kedip kita itu seakan akan tak mahu lihat dunia lagi.

Hakikatnya, kita kena buka jua.

Waktu itulah, kita seakan akan sedar yang, selama ini kita silap. Sebab kita dah selesa dengan sikap kita, perangai kita.

Sampai kita tak tahu ada yang membenci, ada yang jelek.

Dari saat itu, aku jadi,

Jadi lain. Aku jadi aku yang sekarang.

Aku buang sedikit perasaan aku, tapi bukan semua. Untuk aku jadi lebih keras. Untuk aku tidak gantung pada makhluk hidup yang lain. Untuk aku terus hidup,

Sendiri.

Terima kasih atas pengalaman yang kamu semua beri. Aku harap, wujudnya aku dalam hidup kalian bukan sebagai parasit. Aku harap aku seperti bunga.

Bunga yang segarnya tak lama, akan layu juga,

Nanti.

April 03, 2016

Lapang

Keadaan manusia sekeliling membuatkan aku,
Aku,
Entah.

Salah dituding ke diri orang lain. Niatnya nampak elok, suci.
Tetapi, mengapa sanggup bertindak sedemikian rupa?
Oh, mungkin juga, akalnya tak panjang ketika itu. Dicucuk syaitan yang sah sah kerjanya menghasut. Menghasut sampai manusia ini berpecah belah.

Ini ujian.
Tuhan minta aku berlapang dada.
Ya, mungkin itu. Mungkin.

Cuma aku minta, aku pohon,
Segala tindakan yang kau lakukan,
Fikirkan sebab mengapa kau lakukan sedemikian pada mulanya.
Aku tak mahu kau dibenci oleh aku. Aku tak mahu.

Kerana kita ini semua bersaudara.
Bukankah kau telah faham?



March 28, 2016

Bila

Pertama sekali, aku minta kau doakan aku untuk test esok. Terima kasih.

Apa apa pun, aku tetap nak kongsi kata kata yang aku dapat ini.

Aku harap sedikit sebanyak memberi harapan baru kepada kau.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa. Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamullail (bertahajjud). Bila kita punya hati yang sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran. Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya. Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhu dan beristighfar. Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah). Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, seringlah membaca 'La haula wa la quwwata illa billah' dan apabila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah sedekah".

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga bermanfaat untuk kau dan aku.

March 23, 2016

Tuhan kita sama

Sejak itu, mata aku terbuka.

Sungguh lah, Allah itu Maha Besar.

Maha Adil.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Manusia ini, hidupnya memang tak lekang syaitan. Memang tak lekang daripada pandangan pandangan buruk, lebih lagi buruk yang orang lain.

Tapi, sampai bila?

 Ya, sampailah kita lihat orang yang buruk itu terjatuh tergolek dek dicaci maki, dibenci atas sebab sebab yang tak masuk akal. Waktu itu, puas hati kita agaknya lihat dia begitu. Waktu itu, sekelumit salah yang kita lakukan juga akan digembar gemburkan kepada orang ramai. Seolah olah yang betul yang kita lakukan dulu, hilang lesap macam itu saja.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masa aku sudah berlalu. Sekarang, masa kau pula, mungkin.

February 06, 2016

Betapa Tuhan

Aku terkejut bila ada orang yang masih percaya yang diri aku masih berguna.

Ada satu hari. Ketika itu, kelas pensyarah kesayangan semua, Dr. Lidia. Beliau minta kami tulis 5 ciri ciri yang sepatutnya seorang jurutera ada.

Dan arahan terakhir, letak satu nama yang kami rasa, dialah (nama rakan sekelas sahaja) orangnya. Yang mempunyai kelima lima ciri ciri itu.

Semacam ada satu lintasan, aku terus tulis nama yang memang aku sanjung kewibawaannya. Setelah itu, semua kertas dikumpulkan oleh Dr. Lidia.

Pelajaran seperti biasa. Sampailah di akhir kelas,  
       
“I’ve read your papers. And, not so bad cause there were several people who wrote their own names”. Ketawa kami pecah di situ. Nampak mereka ini memang percaya pada diri sendiri.

“Okay, let me read some common names that you’ve wrote. Let me see….. Ohh, who is Afiqah? Quite a number of papers here.”


Haah, itu memang nama aku. Kelakar kan?


Kelakar kan bila ada yang masih percaya dekat aku? Kelakar kan bila kau rasa macam kau nak tinggalkan satu dunia ini tapi masih ada orang yang seru nama kau. Yang panggil kau.

Rasa macam, nak menangis.

Aku banyak fikir seusai kelas habis. Kenapa ada orang yang tulis nama aku? Kau semua tak nampak keserabutan hidup aku selama ini? Kau tak nampak betapa aku benci hidup diri sendiri?

Betapa Tuhan masih sayang aku. Setelah apa yang aku buat atas dunia sementara ini, Tuhan tutup segala aib aku daripada dilihat oleh mata mata nista manusia manusia semuanya. Kalau mereka nampak yang sebenar, apa yang mereka kata agaknya. Kalau mereka nampak kejatuhan aku, adakah mereka akan terfikir untuk tulis nama aku? Kalau mereka tahu apa yang aku lalu selama ini, aku pasti sekelumit huruf daripada nama aku pun mereka tak terbayang.

Kadang kadang, aku rindu. Aku rindu aku yang dulu. Yang positif manjang, negatif aku campak jauh jauh. Tapi sekarang, yang datang semua yang tidak tidak. Aku buntu.

Jauh dalam sudut hati, aku berterima kasih atas manusia manusia yang Tuhan gerakkan akal dan kudratnya untuk tulis nama aku. Semacam satu suntikan semangat buat aku.

Kau doakan semangat aku ini lama. Setidak tidaknya sehingga satu dunia nanti menafikan kewujudan aku.