July 23, 2015

Silam yang Kelam

Malam tadi memberi satu pengajaran kepada aku.

Selama ini, aku hanya dengar orang berkata. Mahupun post post di facebook, cicipan di twitter termasuk coretan coretan blog.


Kisah silam yang kelam tak bermaksud hilang cahaya pada ufuk yang mendatang.


Mereka tahu mereka salah. Mereka sedar dan bangkit. Mereka juga manusia, layak diberi peluang. Layak membuktikan.


Siapa kita untuk menilai mereka? Gaya kita ini seperti tahu, seperti boleh baca apa yang berada di hati dan fikiran mereka.


Sebenarnya mereka sudah lama ingin berubah. Tetapi dengan pandangan pandangan skeptikal manusia seperti kita inilah yang meruntuhkan, menjunamkan impian.


Gayanya, seperti amalan amalan kita ini dihisab, dikira dengan begitu banyak sekali pahala. Mana tahu? Mana tahu mereka yang sedang terkial kial ini lebih banyak pahalanya kerana keikhlasan? Mana tahu yang kita ini, hari harinya dipenuhi dengan ingatan kepada Tuhan, hanya melakukan kerana sudah menjadi adat, tiada keikhlasan?


Mataku dibuka. Dibuka dengan minda.

July 02, 2015

Kufur.

Sama macam hari hari yang lepas, bulan bulan yang lepas. 


Aku tak dapat jawab test dengan flying colour. Aku rasa black and white pun tak sampai.


Entah di mana silapnya, aku pun tak tahu. Nak katanya tak sempat study, sempat. Sempat. Tapi, itulah. Akhirnya, aku termenung lah memikirkan masa depan aku. Apa yang Tuhan nak tunjuk pada aku ya?


Sampailah usai aku lunaskan hutang Maghrib aku dengan Tuhan, aku buka Love Letters Dia. 


"Maka apabila manusia ditimpa bencana, dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui."

Az-Zumar:49

Boleh jadi, kalau aku boleh buat tadi dan aku dapat markah yang tinggi, aku jadi lupa yang itu semua hanyalah sebahagian daripada ujian Allah. Boleh jadi, aku bersifat bongkak dengan kawan kawan aku yang lebih rendah merkah mereka. 


Boleh jadi macam macam. Senang cerita, boleh jadi kufur nikmat.


"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu mebenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Al-Baqarah: 216