Tadi, aku berjumpa dengan salah seorang hamba Allah yang aku segani. Segani dari segi prihatinnya beliau terhadap pelajar pelajarnya.
"Hari ini, masa saya terasa panjang pula. Rasa dah 7 8 orang yang jumpa saya tadi. Rupanya baru pukul 10". Pada masa kini, pada masa akhir zaman ini, ucapan sebegitu sangat rare. Keberkatan masa mungkin?
Aku terpandang atas meja beliau. 'Detik-detik masa karangan Dr, Yusuf Al-Qardawi'. Aku pun tak tahu apa isinya tetapi mesti juga berkenaan masa. Sudah berpengalaman hidup pun masih juga membaca buku-buku berkaitan itu. Aku pula?
Beliau bertanyakan tentang keputusan semester lepas. Aku segan. Sahabat aku di sebelah dean's list CGPAnya. Lega beliau dengar keputusan sahabat aku itu. Beralih pula ke aku. "Mmmm, jatuh sikit tuan. Sem lepas susah sikit saya nak skor. Ada satu subjek C. Subjek kira-kira tu tuan. Saya dah tahu dah macam mana nak kira tu, tapi saya selalu careless. Tapi saya tahu tuan macam mana nak kira", aku cuba menyampaikan bahawa aku sesungguhnya sudah berusaha cuma aku cuai. "Ooooo, jadinya kamu nak kata kalkulator tu lah yang salah. Bukan kamu ya?". Terdiam aku di situ.
Usai itu, beliau mengajar kami pula tentang kira-kira perbelanjaan harian beliau sebagai ibu bapa. Banyak. Memang banyak. Duit rumah, bil elektrik air, perbelanjaan harian, kereta. Banyak lagi yang lain. Beliau kata,"Ibu bapa ni sanggup cari duit untuk anak-anak dia. Tak kiralah cara macam mana sekalipun. Pinjam ke, kerja lebih masa ke, janji ada duit untuk anaknya kelak". Sedih aku rasa. Teringat ibu yang di rumah jaga kebajikan aku sekeluarga. Teringat ayah yang pulang lewat senja semata mata mencari pendapatan untuk menampung kami sekeluarga. "Kalau ibu bapa cakap, sudahlah, mak ayah tak larat lagi, haaaa, itu barulah ibu bapa kita memang tak boleh buat apa dah untuk tanggung pengajian kita di sini. Selagi mereka tak kata begitu, kamu jangan risau. Mereka sedang cari duit pendapatan. Kamu belajar je sungguh sungguh".
Allah, sangat banyak yang aku lupa. Aku lupa usaha ibu bapa aku untuk pastikan aku sentiasa mendapat yang terbaik. Untuk memastikan aku mendapat keputusan yang cemerlang setiap semester. Untuk memastikan aku cukup pakai, makan dan segalanya. Tapi, apa yang aku buat di sini? Setiap semester aku bagaimana?
Bangkitlah Afiqah. Bangkit.
No comments:
Post a Comment