May 10, 2015

Berkongsi rasa.

"Abang, boleh bagi saya makan bang? Saya lapar". Penuh harap.
Azim terasa bersalah. Mahu diberi atau tidak? Boleh percaya ke lelaki ni? Entah entah geng geng sindiket ni.
Ditatapnya muka lelaki itu lagi sekali. Tapi kali ini sekejap saja. Azim terus berlalu tanpa memberi apa apa pun. Sekadar simpati.

Bagaimana jika memang benar benar lelaki itu kelaparan? Bagaimana jika lelaki itu benar benar memerlukan bantuan?
Kita sering terkeliru. Sama ada kita ini telah didoktrin fikirannya untuk memandang golongan golongan itu tidak lain tidak bukan hanyalah sekadar lakonan saja. Mereka ini telah dihantar oleh pihak tertentu untuk meminta wang dan akan diambil kembali pada masa masa yang tertentu lalu diambil semua hasil kutipan mereka.
Apa salahnya berkongsi rezeki yang kita dapat daripada orang lain. Bukankah semua ini milik Tuhan juga? Jika Tuhan kata kita miskin suatu hari kelak, miskinlah kita. Kalau Tuhan kata kita kaya dengan harta benda dunia ini, maka kayalah kita kelak. Ini semua kerja Tuhan. Kerja Tuhan yang Maha Kuasa.
Jika mereka itu tipu, terserah. Tuhan Maha Tahu.
"Nah, ambil duit ni. Buat beli makan ea bang". Terkejut lelaki itu melihatkan Azim yang dalam ingatannya sudah berlalu pergi tadi. Tidak tertafsir air mata yang mengalir di pipi lelaki itu. Apa yang pasti, lelaki itu tahu bahawa perutnya bakal dipenuhi nanti.
Azim berlalu pergi. Dengan hati yang tenang, pasti.

No comments:

Post a Comment