May 05, 2015

Bukan kau seorang.

Pernah kau rasa, semua orang hebat. Kecuali engkau.
Pernah kau rasa, semua orang betul. Kecuali engkau.
Pernah kau rasa, kau sangat tak berguna, idea kau sangat teruk, akademik kau ke laut, Orang yang dulu kau boleh pintas sekarang dah pintas kau balik. Pernah kau rasa?
Pernah?

Aku juga pernah.
Aku pernah rasa bagaimana jatuhnya aku.
Bagaimana orang yang kau percaya selama ini tinggalkan kau begitu saja.
Aku pernah rasa.

Aku tiada adik beradik.
Hanya aku yang menjadi sandaran, harapan ibu ayah aku.
Tapi,  aku sendiri tak mampu. 
Ibu bapa aku tak tahu. Aku bukan jenis yang bercerita dengan keluarga. 
Aku tak mahu mereka risau kononnya.
Tapi aku sendiri tak tahu bagaimana aku mahu bawa diri ini.

Aku rasa macam 'Ya Tuhan, kau ambillah nyawa aku. Aku sudah tak tahan nak duduk kat bumi Kau ini untuk menghadapi semua ini'.
Sampai macam itu sekali. Sampai macam itu sekali punya teruk padahal aku tahu bekalan ke akhirat tak banyak langsung.
Sampai teruk macam itu sekali. Kau tahu?

Tapi pada masa yang sama, 
Aku juga berfikir.
Fikir tentang kehidupan aku.

Bukankah Allah menciptakan kita, tiap tiap kita ini, dengan tujuan?
Bukankah Allah sudah berjanji, yang Dia tak akan beri ujian yang mana hamba hamba Nya tak mampu.
Lantas dia memilih aku kerana Dia tahu apabila ujian ini menimpa orang lain, orang itu tidak mampu. Aku yang mampu.

Aku fikir,
Kenapa perlunya aku meratapi perkara perkara yang aku tak mahu ianya terjadi?
Bukankah jika nak dibandingkan dengan nikmat nikmat Tuhan yang aku dapat, maka ujian yang aku hadapi itu hanyalah bak debu debu kecil yang berterbangan?
Maka, ke mana perginya syukur aku itu?

Wahai sahabat,sedarlah.
Pusing, berlari, gunakanlah cara apa sekalipun untuk kau lihat, untuk kau sedar betapa besarnya nikmat Allah kepada engkau. 
Bukalah hatimu, bukalah matamu dan hitunglah pemberian Allah kepada engkau. Aku tahu, tidak terhitung nikmatNya, semestinya.

Banyak lagi peluang, ruang yang Allah berikan untuk kita, untuk kita sama sama bangkit, meletakkan diri kita di tempat yang lebih selesa, lebih gembira.
Usahalah sedikit lagi, sedikit sahaja lagi.
Apabila kau sudah mendapat hasilnya nanti, nescaya kau akan lupa segala jerih payah yang kau lalui selama ini. 
Tapi jangan kau lupa, ke mana saja kita, di mana saja kita, kita tetap diciptakan untuk sentiasa beribadah kepada Allah.

Jangan kita lupa itu.

No comments:

Post a Comment