February 06, 2016

Betapa Tuhan

Aku terkejut bila ada orang yang masih percaya yang diri aku masih berguna.

Ada satu hari. Ketika itu, kelas pensyarah kesayangan semua, Dr. Lidia. Beliau minta kami tulis 5 ciri ciri yang sepatutnya seorang jurutera ada.

Dan arahan terakhir, letak satu nama yang kami rasa, dialah (nama rakan sekelas sahaja) orangnya. Yang mempunyai kelima lima ciri ciri itu.

Semacam ada satu lintasan, aku terus tulis nama yang memang aku sanjung kewibawaannya. Setelah itu, semua kertas dikumpulkan oleh Dr. Lidia.

Pelajaran seperti biasa. Sampailah di akhir kelas,  
       
“I’ve read your papers. And, not so bad cause there were several people who wrote their own names”. Ketawa kami pecah di situ. Nampak mereka ini memang percaya pada diri sendiri.

“Okay, let me read some common names that you’ve wrote. Let me see….. Ohh, who is Afiqah? Quite a number of papers here.”


Haah, itu memang nama aku. Kelakar kan?


Kelakar kan bila ada yang masih percaya dekat aku? Kelakar kan bila kau rasa macam kau nak tinggalkan satu dunia ini tapi masih ada orang yang seru nama kau. Yang panggil kau.

Rasa macam, nak menangis.

Aku banyak fikir seusai kelas habis. Kenapa ada orang yang tulis nama aku? Kau semua tak nampak keserabutan hidup aku selama ini? Kau tak nampak betapa aku benci hidup diri sendiri?

Betapa Tuhan masih sayang aku. Setelah apa yang aku buat atas dunia sementara ini, Tuhan tutup segala aib aku daripada dilihat oleh mata mata nista manusia manusia semuanya. Kalau mereka nampak yang sebenar, apa yang mereka kata agaknya. Kalau mereka nampak kejatuhan aku, adakah mereka akan terfikir untuk tulis nama aku? Kalau mereka tahu apa yang aku lalu selama ini, aku pasti sekelumit huruf daripada nama aku pun mereka tak terbayang.

Kadang kadang, aku rindu. Aku rindu aku yang dulu. Yang positif manjang, negatif aku campak jauh jauh. Tapi sekarang, yang datang semua yang tidak tidak. Aku buntu.

Jauh dalam sudut hati, aku berterima kasih atas manusia manusia yang Tuhan gerakkan akal dan kudratnya untuk tulis nama aku. Semacam satu suntikan semangat buat aku.

Kau doakan semangat aku ini lama. Setidak tidaknya sehingga satu dunia nanti menafikan kewujudan aku.

1 comment:

  1. So nice Afiqah.
    Dia nak pujuk kamu direct with the surprises ;) hihi

    ReplyDelete